Friday 21 October 2016

FREE Worksheet_SATP INMD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua!!

FREE Worksheet datang lagi!


Sebelum tu, meh kita bincangkan pasal MATLAMAT anak belajar membaca. Sebab, seringkali, ada satu tujuan je yang kita fokuskan --> nak anak pandai membaca supaya senang nanti masuk Darjah 1.

Ya, saya setuju. Memang itu adalah salah satu matlamat. Tapi itu bukan 'the one and only goal'. Sebenarnya ada 3 MATLAMAT yang perlu kita ambil kira apabila hendak membantu seseorang kanak-kanak membaca:

1. Automatic word recognition (fluency).

2. Comprehension of text.

3. Development of a love of literature and a desire to read.

Sumber: Internet


Matlamat 'hendak anak pandai membaca supaya senang nanti masuk Darjah 1' tu adalah selari dengan matlamat pertama --> automatic word recognition. Kita mahu anak lancar membaca, maka sebaiknya kita bantu anak kuasai skil membaca secara berperingkat mengikut kebolehan dan perkembangan minda mereka.

Untuk capai matlamat pertama, terdapat pelbagai kaedah, di antaranya ialah dengan menggunakan kaedah phonics, iaitu kaedah mengaitkan bunyi dengan simbol (huruf). Saya suka gunakan phonics apabila membantu kanak-kanak membaca, kerana saya lihat ia mudah difahami, seterusnya mudah juga diaplikasikan oleh mereka. Sebaik sahaja mereka faham konsep asas, in sha Allah mudah untuk 'kick-start' membaca dan mudah untuk ke tahap yang seterusnya.

Salah satu contoh sistem phonics.


Selain membaca, phonics juga membantu kanak-kanak untuk mengeja. Sangat mudah apabila asas phonics sudah dikuasai. Cuma, untuk Bahasa Inggeris, adalah lebih bagus sekiranya anak-anak dapat ikut sistem yang teratur dan lengkap, kerana Bahasa Inggeris agak sedikit rumit dari segi ejaan berbanding Bahasa Malaysia.

Huruf yang sama boleh menghasilkan bunyi yang lain, seperti huruf 'c'. 'c' boleh berbunyi 'keh' seperti di dalam 'cat' atau 'sss' seperti di dalam cycle. Kombinasi huruf juga boleh menghasilkan bunyi seperti 'ea' bunyinya 'ee'.

Ada satu cara phonics je ke yang betul?

Tidak. Phonics itu sendiri boleh diaplikasikan menggunakan kaedah yang pelbagai. Ibu dan bapa boleh 'shop around' dan lihat sistem yang mana yang bagus dan sesuai untuk anak. Yang penting, bunyi yang diajar perlulah betul, supaya anak dapat mencantumkan bunyi-bunyi tersebut untuk menjadi perkataan.

Saya beri contoh.

Huruf f. Bunyi yang mudah diaplikasikan oleh kanak-kanak ialah 'fff', bukan 'feh'.

Ambil satu contoh, perkataan fish. Cuba anda ceraikan bunyi untuk setiap huruf.

'fff', 'ih', 'sh' .... 'fish'

dan

'feh', 'ih', 'sh' .... 'fish'



Yang mana lebih 'logik' untuk bentuk perkataan fish tu? 'fff' atau 'feh'?

Note: bunyi 'h' juga tidak perlu ditekankan sangat dlm huruf 'i' (yang berbunyi 'ih').

Ini adalah salah satu cara untuk anda bantu anak belajar menggunakan sistem phonics, terutama sekiranya tengok anak tak dapat nak cantumkan bunyi-bunyi huruf untuk jadi perkataan - cek sistem yang digunakan. Sebab, kalau bunyi salah, memang susah anak nak faham. Kalau sistem dan kaedah yang betul digunakan, in sha Allah, cara 'marah-marah' tidak perlu diaplikasikan. Hehehe. Tapi nak tegas OK. Tegas lain dengan marah.

Worksheet ni guna sistem apa?

Di Muhsin Kids, kami ikut sistem UK yang membahagikan kaedah pembelajaran phonics kepada 5 fasa untuk kanak-kanak yang baru hendak belajar membaca. Fasa 1 adalah untuk toddler. Dan kebiasaannya kanak-kanak berusia 4 tahun berada di Fasa 2. Jangan risau kalau anak anda berusia 5 tahun dan berada di Fasa 2. Chill! :) Perkembangan kanak-kanak berbeza, yang penting kita 'chill' dan bantu dia perlahan-lahan tanpa letak 'expectation'.

Ya, bantu terus tanpa letak 'expectation' supaya kita tak stress. Otak kanak-kanak bukan macam otak orang dewasa. Minda mereka masih berkembang, maka teruskan je ajar. Walaupun mereka takda respon, percayalah, suatu hari mereka akan tunjukkan kehebatan mereka! :)



Kecuali, bila ada tanda-tanda 'delay' yang sangat ketara, maka bawalah berjumpa Doktor Pakar Kanak-Kanak untuk pengesahan.

OK berbalik kepada Fasa 2...

Untuk Fasa 2, saya bahagikan kepada 5 set.

Set 1 - huruf s, a, t, p
Set 2 - huruf i, n, m, d
Set 3 - huruf g, o, c, k
Set 4 - huruf ck, e, u, r
Set 5 - huruf h, b, f, ff, l, ll, ss

Worksheet yang saya kongsikan ini adalah untuk Set 1 dan Set 2 ya. Saya beri worksheet untuk huruf besar dan kecil. Serta satu worksheet untuk padankan huruf besar dan huruf kecil. Guru-guru dan ibubapa boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk menggunakan worksheet tersebut.

Klik link di bawah untuk download worksheet.

Alphabet SATP INMD



Yang penting, dalam mencapai matlamat pertama, iaitu automatic word recognition, atau kelancaran membaca, kita tidak boleh lupakan pelaksanaan strategi untuk mencapai matlamat kedua dan ketiga.

Matlamat utama kita membaca adalah pastinya supaya faham apa yang dibaca! (comprehension of text). Jadi, peningkatan kosa kata dan peningkatan pemahaman anak-anak terhadap bahan bacaan, terutamanya dalam bahasa yang anak tak biasa seperti Bahasa Inggeris perlu dititikberatkan.

Seterusnya, dalam keghairahan mencapai matlamat pertama juga, kita tidak boleh gunakan kekasaran dalam proses mengajar, yang mungkin akan membuatkan anak tidak suka kepada buku di masa hadapan, dek kerana pengalaman yang kurang manis di zaman kanak-kanak. Sedangkan, matlamat ketiga lah yang penting untuk melahirkan generasi berilmu dan cinta ilmu di masa hadapan.

Credit to mayaclinic.in

Pendek kata, keseimbangan itu penting.

OK. Will keep sharing in sha Allah. Follow Muhsin Kids for more info and beneficial printables for your children.

*Worksheet dan booklet yang dikongsikan oleh Muhsin Kids boleh digunakan di rumah dan di sekolah. Walaubagaimanapun, ia TIDAK BOLEH dijual secara komersial dalam bentuk apa sekalipun tanpa kebenaran Muhsin Kids. Hubungi kami di muhsinkidseducation@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan cadangan.*

Terima kasih.

Have a great day ahead!




No comments:

Post a Comment