Wednesday 21 September 2016

6 Prinsip untuk Tingkatkan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris Anak Anda (2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua! :)

OK meh kita sambung pasal bagaimana nak tingkatkan kosa kata Bahasa Inggeris anak-anak, berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji pendidikan awal kanak-kanak. Boleh baca post yang lepas di sini:

6 Prinsip untuk Tingkatkan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris Anak Anda (1)

Sekali lagi, ingin saya kongsikan sikit, kenapa penting tingkatkan kosa kata dahulu, kalau kita nak anak kita pandai berbahasa Inggeris.

Salah satu sebab ialah..



Yes! Untuk anak faham aturan 'grammar', dia perlu ada dalam 'tabung minda' dia sekurang-kurangnya 400 perkataan dalam Bahasa Inggeris. Kenapa ya saya 'mention' pasal grammar ni... Hmmm..sebenarnya, banyak kajian mendapati bahawa satu kelemahan ketara para pelajar di Malaysia ialah penguasaan 'grammar' dalam Bahasa Inggeris.

Saya petik beberapa pernyataan kajian ya..

"Based on the errors in the students’ essays, the study concludes that the learners have difficulties in using correct English grammar in their writings." ~ kajian oleh Marlyna Maros, Tan Kim Hua, dan Khazriyati (2007) ke atas 120 pelajar Tingkatan 1 di sekolah luar bandar di Pahang, Selangor dan Melaka.

Dan..

"A study conducted on 315 Form Two students shows that the most obvious weaknesses of the students’ language ability lay in the area of grammar, particularly in the aspects of morphology and syntax. The study shows that students have problems with affixes and plural inflections as these linguistics variables do not exist in Malay language." ~ kajian oleh Nor Hashimah Jalaludin et al. (2008).

Dan..

"Saadiyah Darus and Kaladevi (2009) analyze 72 written essays by Form Four students in one semi-urban secondary school.  The finding of the study indicates that students generally have problems in applying correct grammatical rules in their writings."



Sekali lagi, saya tak nak blog ni jadi macam penulisan tesis dan disertasi pulakkan? Hehehe. Tapi, saya rasa bagus untuk kita tahu apa hasil kajian para cendekiawan yang telah bertungkus lumus untuk mengkaji tentang realiti sebenar di dalam masyarakat kita. Thumbs up to them! :)

Jadi, kesimpulannya, ramai pelajar yang menghadapi masalah menguasai 'grammar' Bahasa Inggeris, dan masalah ini terus dibawa sehingga ke peringkat pendidikan tertinggi..

Betul lah kata pepatah..

"Hendak melentur buluh, biarlah dari rebung!"


Sebenarnya pendidikan awal kanak-kanak sangatlah penting, sebagai 'kick-start' perjalanan pendidikan anak-anak. Satu perkara yang mungkin selalu diabaikan kerana pandangan masyarakat (bukan semua) yang melihat mendidik anak-anak kecil adalah satu perkara yang remeh. Dan yang lebih menyedihkan, tidak kurang juga yang memandang rendah kerjaya guru-guru tadika atau taska, yang pada mereka..

"Tak payah belajar tinggi pun takpe... Nak jaga/ajar budak-budak je pon!" 

Tanpa mengetahui kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dalam menentukan kecemerlangan sesebuah negara! Ya! Negara!

OK. Cukup membebel. Hahaha. 

Moh kita bincang pasal prinsip pertama.


Prinsip #1 - Children Learn the Words that They Hear Most. 

Anak belajar perkataan yang didengari selalu. Tapi, macam mana nak buat anak banyak dengar Bahasa Inggeris? Okes...begini..

1. Bercakap dengan Anak

Bercakap lah dengan anak. Menggunakan apa sahaja bahasa yang anda selesa. Nak cakap Melayu boleh, nak cakap Kantonis boleh, Tamil boleh, Iban, atau apa sahaja bahasa pertama anda. 

Aikkk?

Apa kaitan dengan tingkatkan Bahasa Inggeris?

OK. Ada kajian yang mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak 'bilingual' (dwi-bahasa) dalam mana-mana bahasa boleh merangsang perkembangan kefasihan dalam kedua-dua bahasa. Ini adalah kerana kanak-kanak tersebut dapat bina 'pengetahuan' untuk menguasai bahasa, yang dia boleh 'access' kemudian apabila dia pelajari bahasa yang baru.

Saya cuba beri gambaran yang lebih jelas ya..

Gambar hiasan. Sumber: internet.


Bayangkan...

Kita bina sebuah bilik. Bilik tu dah siap. Jadi bila kita nak bina bilik yang lain, sangat senang sebab kita dah tahu cara hendak bina sebuah bilik. Atau kalau kita nak tukar fungsi bilik, yang mungkin pada asalnya sebuah bilik tidur kepada bilik mainan, adalah senang..

Berbanding..

Bilik tu langsung tiada! Atau separuh siap! Kan blur jadinya bila kita suruh bina sebuah bilik lagi!

Perkembangan bahasa anak anda sebenarnya berkait dengan perkembangan kognitif dia. Bila anak dapat peluang berkomunikasi - mendengar dan respon, berlaku perkembangan minda di situ..Macam dalam iklan. :) Bila otak sudah tersedia, senang dia nak 'gunakan' untuk kegunaan di masa hadapan. 

Kajian oleh Hart dan Risley (1995) mendapati bahawa perbezaan utama di antara ibubapa yang berpendidikan tinggi dan rendah ialah jumlah kosa kata yang dibualkan dengan anak-anak. Saya tidak berniat nak tulis dengan panjang tentang perkara ini, kerana ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. 

Tetapi, saya mahu 'highlight' bahawa, kajian seterusnya mendapati apabila seorang kanak-kanak mempunyai kosa kata yang rendah, ia mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak tersebut serta kebolehan untuk membaca di masa akan datang. Perjalanan pembelajaran mungkin kurang 'smooth' berbanding kanak-kanak yang didedahkan dengan suasana 'kaya bahasa'.


Jadi teruslah bercakap dengan anak, sejak bayi lagi.

2. Bercakap dengan Anak dalam Bahasa Inggeris

OK, seterusnya barulah masuk Bahasa Inggeris. :) 

Sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibubapa boleh berbahasa Inggeris, bolehlah berbual dengan anak dalam Bahasa Inggeris. Perbualan 'LIVE' lain daripada menonton TV. Bila berbual dengan ibu atau bapa, anak-anak dapat belajar skil berkomunikasi. 

Bukan sahaja dia tambah tambah kosa kata, dia dapat 'tangkap' teknik bercakap dalam masa yang sama, iaitu bagaimana 'adab' untuk berbicara, tonasi perbualan, dan seni bercakap itu sendiri (contohnya, bagaimana hendak cakap apabila kita mahu sesuatu, tetapi tidak boleh memaksa orang untuk berikan barang tersebut kepada kita. Jadi perlu ada 'persuasion skill'). Dan seperti yang saya sudah kongsikan, perbualan dengan bayi dan kanak-kanak membantu perkembangan otak mereka dalam kelancaran dan kefasihan berbahasa.


Ada pendapat yang memberi saranan supaya 'one parent, one language'. Contohnya, ibu cakap Bahasa Inggeris sahaja. Dan bapa cakap Bahasa Malaysia. Jadi, anak dapat kuasai kedua-dua bahasa.
Sekiranya ibubapa dapat disiplin Alhamdulillah. :)

Bagi saya pula, saya tak dapat buat macam tu. Hehehe. Saya memang bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan anak-anak saya. Tapi saya juga cakap Bahasa Malaysia dengan mereka. Saya rasa selesa begitu. Jadi, terpulanglah kepada ibu dan bapa bagaimana hendak mengatur perkara ini, berdasarkan kesesuaian. Supaya anak dapat belajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, tanpa hilang identiti negara dia. 

Macam mana pulak kalau ibu dan bapa kedua-duanya tak dapat bercakap dalam Bahasa Inggeris?? 

Jeng jeng jeng..Tunggu...... Akan saya kongsikan seterusnya. In sha Allah. :)

Stay tuned yo! 




Ikut Muhsin Kids di Facebook dan muhsin.kids di Instagram untuk tips dan informasi berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. :)

Have a great day ahead! :)

Tuesday 20 September 2016

6 Prinsip untuk Tingkatkan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris Anak Anda (1)

Assalamualaikum Ibu-ibu dan Bapa Sekalian,

Saya rasa, permasalahan 'kurang penguasaan' Bahasa Inggeris memang dah lama dibincangkan di Malaysia. Dan sebenarnya, memang sudah banyak dikaji oleh universiti-universiti tersohor di Malaysia. 

Kajian menyatakan..

"Through extensive and multiple studies, it was found that Malaysian students do not seem to be able to attain reasonable English literacy even after going through 11 years of learning English in school (Naginder, 2006; Nor Hashimah Jalaludin, Norsimah Mat Awal & Kesumawati Abu Bakar, 2008)."

"There is a general pattern of dissatisfaction among students, educators, policy makers and the public regarding the teaching and learning of the language (Razianna Abdul Rahman, 2005; Rosemala Ismail, 2008)."

Gambar hiasan

Malah, lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris turut dialami oleh pelajar-pelajar universiti, yang menyukarkan mereka untuk memahami teks Bahasa Inggeris yang lebih rumit. Seterusnya, menjadi salah satu penghalang untuk dapat kerja, sebab selalunya, memang 'fasih berbahasa Inggeris' adalah salah satu 'requirement'...Kan?

"In addition, studies focusing on English language proficiency among Malaysian university graduates also seem to resonate a feeling of uneasiness with the graduates’ level of English proficiency (Isarji Sarudin et al., 2008)."

OK..

Tak nak tulis macam nak tulis tesis. Hehehe. 

Jadi kesimpulannya..memang masalah lemah berbahasa Inggeris oleh masyarakat Malaysia dah lama dikenalpasti dan terbukti. 

Dan sebenarnya, secara jujurnya...

Saya adalah salah seorang graduan yang menghadapi masalah tersebut. Meh nak cerita sket...

Gambar hiasan. Apa yang saya rasa dulu bila nak 'speaking'. Hehe.

Lepas saya tamat belajar, di UTM, Alhamdulillah saya dapat tawaran bekerja di sebuah kilang di Klang. Saya bersyukur sangat masa tu diterima walaupun cakap English tunggang terbalik masa interview. Hehehe.

Bila dah masuk kerja, setiap kali nak cakap English, memang rasa nak gugur jantung. Risau ada, malu ada, tak yakin pun ada... Tapi lama kelamaan, bila dah biasa dengar dan praktis, saya rasa lebih yakin nak cakap. Tapi masih rasa gementar sebab kurangnya keyakinan diri nak bercakap bahasa Mat Saleh tu.

Dipendekkan cerita, semasa saya bekerja di Klang, saya dipanggil untuk temuduga oleh sebuah syarikat 'Oil and Gas' antarabangsa. Jadi saya pergi je lah. Oleh kerana pada masa tu saya dah lebih setahun bekerja, jadi Alhamdulillah adalah sedikit keyakinan diri nak bercakap English. Bila lepas tahap ketiga interview, saya diambil bekerja. Alhamdulillah..

Dan..

Ha! Terus kena pergi Dubai untuk training dan terus tercampak ke Venezuela untuk diberi latihan bekerja di 'rig' di sana. Masa tu memang la sengsara sebab mana ada orang Melayu sangat nak cakap Bahasa Melayu! Oleh kerana terpaksa dan nak hidup, maka, berhabuklah cakap English masa tu. Hehe.

Sepanjang saya bekerja di syarikat itu, saya perhatikan, Mat Saleh sebenarnya bukan lah 'power' sangat berbahasa Inggeris. Ada yang 'belasah' jugak, asalkan orang faham. Tapi satu perkara yang mereka ada ialah - KEYAKINAN DIRI! Bila yakin, dan tak kisah pun dengan apa orang kata, in sha Allah boleh je bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Sumber: internet

Dan, masyarakat antarabangsa, terutamanya 'native English speakers', atau individu yang memang Bahasa Inggeris adalah bahasa pertama mereka (seperti Americans, Brits, Australians, dsbnya), faham yang English bukanlah bahasa pertama kita. Jadi, selalunya bila berkomunikasi dengan mereka, kita tidak perlu berasa tertekan untuk menjadi seorang yang 'perfect' berbahasa Inggeris. Mereka faham, dan selalunya lebih bertoleransi. Bila kita relax, in sha Allah lagi senang nak meluahkan idea dan 'perasaan'. Semakin senang nak luahkan, semakin banyak kita dapat praktis. Semakin banyak praktis, semakin fasih dan kukuh penguasaan bahasa. Maka, tidak perlu malu atau takut buat silap. Langgar je awal-awal! :)

OK sekian cerita pasal saya. Maka, nak disampaikan, perkara yang sama perlu dipupuk kepada anak-anak kita - keyakinan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris! Elakkan daripada asyik betulkan grammar. Nanti akan 'turn off' semangat dia nak bercakap. Dan elakkan daripada persendakan percubaan mereka untuk praktis bercakap. Semakin banyak mereka dengar dan praktis, semakin kukuh penguasaan Bahasa Inggeris.

Sumber: internet

Bila kita duk cakap pasal kebolehan bertutur, nak tak nak, memang kena tingkatkan kosa kata (vocabulary). Kalau ikut kajian pendidikan awal kanak-kanak, jumlah kosa kata adalah antara perkara yang penting dalam perkembangan bahasa. 

Persoalannya, macam mana ye nak tingkatkan kosa kata Bahasa Inggeris? Tak cukup ke apa yang belajar di sekolah? Hmmm...inilah perdebatannya. Rupanya, nak tingkatkan kosa kata, 'kaedah' kosa kata diperkenalkan tu penting, dan bila ia diperkenalkan... 

Jeng jeng jeng...

OK. In sha Allah, saya akan kongsikan sedikit demi sedikit... Macam mana kanak-kanak dapat kuasai kosa kata, melalui kajian para pengkaji pendidikan awal kanak-kanak. Bukan kata apa yang dipelajari di sekolah semua salah. Tidak! Tapi, mari kita kembangkan minda dengan pelajari teknik yang telah dikaji dan terbukti di luar negara. Ada 6 prinsip utama. Meh saya perkenalkan prinsip pertama..



Kanak-kanak belajar perkataan yang mereka dengar selalu. Ha, jadi macam mana ye kalau di rumah jarang berbahasa Inggeris? Ada caranya...In sha Allah akan dikongsikan dalam post seterusnya. 



Stay tuned! Follow Muhsin Kids for more tips and info!